Monday, November 2, 2009

PANAS! PANAS!PANAS!

Satu berita yang sahih baru diterima dari sumber yang boleh sangat dipercayai. Sesungguhnya mulai sekarang 88 sekolah bestari telah dicampakkan balik oleh MDEC kepada BTP. Tumpuan MDEC sekarang ialah kepada 15 sekolah peluasan dan akan ditambah lagi 33 tahun depan. SME pun dah ditamatkan kontrak. Pemantauan dan tunjuk ajar kepada 48 sekolah peluasan akan dikontrakkan kepada ...guess who? .....TSS. Rupanya TSS masih hidup dan akan terus hidup!.Hidup TSS. Any comments, comrades?

Minggu 1 Nov

Baru masuk awal bulan pencatat sudah kena meninggalkan sekolah untuk memberi satu kursus membina blog kepada pegawai sukan JPN dan PPD Negeri Selangor. Kursus diadakan di Seri Malaysia Port Dickson. Kursus ini adalah selama 4 hari - Isnin hingga Khamis (2-5 Nov 2009).

Thursday, October 29, 2009

Wednesday, October 28, 2009

PKGBPM


PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU PENYELARAS BESTARI MALAYSIA (PKGPBM)
Di kesempatan yang ada, berkumpulnya kesemua 88 GPB Sekolah Bestari Perdana Malaysia, di DYNASTY HOTEL,KL semangat memperjuangkan nasib GPB SeMalaysia sedang giat dijalankan. Atas desakan beberapa GPB yang ada, Timbalan Presiden PKGPBM telah sempat mengadakan satu perjumpaan khas pada petang Isnin 26 Oktober 2009 (selepas sesi latihan ASC) untuk membincangkan isu pelaung GPB menjadi Guru Cemerlang. Keputusan dicapai untuk :
1. Menyediakan dokumen penyataan hasrat dan perasaan atas isu ini.
2. Membuat temujanji untuk berjumpa dengan pihak BTP sebelum Jumaat 30 Oktober 2009.
3. Menyediakan instrumen rujukan sebagai persediaan kepada semua GPB SeMalaysia untuk memohon Guru Cemerlang atas tiket GPB dan bukan guru subjek.
4. Mendaftar PKGPBM sebagai satu pertubuhan yang sah bagi memperjuangkan masa depan GPB SeMalaysia.
Hasil tindakan awal :
1. Pihak BTP telah mendapat maklumbalas tentang perjumpaan singkat itu dan seseorang dari sektor sekolah bestari telah menemui wakil GPB pada hari Selasa 26.10 09 untuk membawa isu ini ke peringkat tertinggi pengurusan.
2. Temujanji dengan Ketua Sektor Pembestari di BTP telah dibuat pada 27.10.09 dihadiri oleh 4 wakil zon. kemudiannya dituruti oleh wakil wanita GPB Tan VI.
10.00 pagi - Perbincangan bersama Dr.Muhammad,KS Pembestarian bersama Dr.Rosmah,Pn.Fauziah, En Wong & En Azmi...wakil GPB - Zon utara -GPB Mazlan, Zon Tengah - GPB Syed Hassan, Zon Timur GPB Hj Rahim, GPB Selatan - GPB Zawawi.
Perbincangan berjalan lancar dan positif . Selepas perbincangan selesai rombongan disambut oleh GPB Mat Tan dan GPB Haizul (S/U) - sebab sampai lewat.
.
Maklumat lanjut akan disampaikan dalam perjumpaan malam ini.

Thursday, October 22, 2009

(Blogger: Setelah senyap buat seketika, hari ini dikejutkan dengan email & susulan faks berkaitan latihan SPS...harap semua sudah bersedia dan sedia hadir)

LATIHAN ASC DAN LATIHAN TAMBAHAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) UNTUK PENYELARAS BESTARI DARI 88 SEKOLAH BESTARI akan diadakan...
Tarikh : 26 hingga 30 Oktober 2009 (Isnin hingga Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam
Tempat : Hotel Dynasty
218, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Pendaftaran : 25 Oktober 2009 (Ahad)

Monday, July 13, 2009

INFO DARI BTP

Meja Bantuan SPS telah mula berkhidmat pada 6 July 2009.Jika perlu sila hubungi Meja Bantuan untuk penyelesaian masalah teknikal server LINUX kerana perkhidmatan tersebut adalah di bawah pengurusan BTP. Nombor yang boleh dihubungi masih1-300-88-2005 tetapi mulai 1 Ogos 2009, nombor ini mungkin dihentikan kerana semua perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 akan diletak di bawah KPKPM(Khidmat Pelanggan KPM). Ini bermakna mulai 1 Ogos 2009, nombor yang perlu dihubungi adalah 1-800-88-4774.Surat edaran rasmi akan dibuat oleh BTP pada masa terdekat ini.Perkhidmatan ini disediakan setiap hari dari Jumaat hingga Ahad KECUALI hari Sabtu.Pada hari Ahad, sekolah perlu menghubungi number yang berbeza iaitu 03-92237880 (terus ke Meja Bantuan Rebound Asia Sdn Bhd). Masa operasi adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali hari Sabtu. Nota kaki: Sekadar berkongsi info bagi yang belum baca email http://mail.moe.edu.my/

Thursday, July 9, 2009

Pemantauan PPICT

Portal ini (http://ssqs.moe.edu.my) dibangunkan bertujuan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan ICT di sekolah. Setakat ini, terdapat dua aplikasi utama telah ditempatkan di dalam portal ini iaitu Sistem Smart School Qualification Standards dan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah.

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

ALERT! ALERT! ALERT!

Tarikh Kutipan data SPPICTS ke-2 2009
Untuk makluman semua, tarikh akhir pengemaskinian data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah kali kedua tahun 2009 telah dilanjutkan sama dengan tarikh akhir SSQS. Namun, pihak sekolah dinasihatkan untuk menyelesaikan pengemaskinian SPPICTS secepat mungkin bagi mengelak pertembungan dengan pengemaskinian SSQS.

Pemantauan SSQS

Portal ini (http://ssqs.moe.edu.my) dibangunkan bertujuan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan ICT di sekolah. Setakat ini, terdapat dua aplikasi utama telah ditempatkan di dalam portal ini iaitu Sistem Smart School Qualification Standards dan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah.

Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

ALERT! ALERT!ALERT!

SSQS Siri ke-2 (MELIBATKAN SEMUA SEKOLAH BESTARI)

Kutipan data SSQS siri ke-2 akan bermula secara rasmi mulai 7 Julai 2009 sehingga 14 Ogos 2009. Harap maklum.

Thursday, June 18, 2009

KERJA-KERJA LANJUTAN ....

Selepas pemasangan SPS di sekolah-sekolah bestari, GPB ada kerja-kerja lanjutan yang perlu dibereskan sebelum penggunaan dapat diperluaskan...

Monday, June 15, 2009

LATIHAN SPS SEKOLAH BESTARI




Latihan Sistem Pengurusan Sekolah untuk Sekolah Bestari sedang berlangsung di BTPN Perak mulai Isnin (15/06/09) - Khamis 18/06/09. Latihan ini melibatkan sekolah-sekolah bestari Negeri Selangor dan Negeri Perak. Sementara pada waktu yang sama latihan turut dijalankan di BTPN Negeri Sembilan dan BTPN Kedah.

Tuesday, May 5, 2009

PROGRAM SEKOLAH BESTARI LUAR BANDAR KPM

LATAR BELAKANG PROGRAM BESTARI SEKOLAH LUAR BANDAR

lanjutan daripada kejayaan pelaksanaan pemantapan 88 sekolah bestari penanda aras diantara 2006 – 2008 ini, YB Menteri Pelajaran serta Pengurusan Tertinggi Kementerian pada 23 September 2008 telah memutuskan supaya MDeC menyokong usaha KPM mewujudkan satu model untuk membantu menyegerakan pembestarian sekolah dengan fokus kepada 50 sekolah luar bandar. Sebanyak 15 buah sekolah luar bandar telah dipilih untuk pelaksanaan bagi tahun 2009.

Antara rasional pelaksanaan sekolah bestari luar bandar ini adalah seperti berikut:-

- Sebanyak 20% sekolah adalah dikategorikan sekolah luar bandar

- Berdasarkan kepada projek rintis, pemantapan 88 sekolah bestari dan juga kajian-kajian yang dijalankan, model pelaksanaan “1 size fits all” tidak boleh digunapakai untuk semua sekolah.

- Pelaksanaan model yang khusus untuk jenis-jenis sekolah yang berbeza diperlukan dalam usaha pembestarian sekolah

Objektif-objektif pelaksanaan program bestari sekolah luar bandar ini adalah meliputi aspek-aspek berikut:-

- Menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pemantauan secara end-to-end kepada sekolah dalam pengintegrasian bahan-bahan berasaskan ICT dan alatan bantuan mengajar yang inovatif di dalam pengajaran dan pembelajaran bestari

- Mewujudkan model-model pelaksanaan menaiktaraf yang efisyen dan kos efektif bagi sekolah-sekolah di luar bandar seperti sekolah orang asli dan penan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah felda dan sekolah agama

Manakala pendekatan yang digunapakai bagi tujuan pelaksanaan ini akan mengambil kira yang berikut:-

- Mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran

- Mengurangkan bebanan kerja pengurusan & menambahkan produktiviti dan pembangunan profesional

- Mengupayai inovasi dalam proses pengajaran

- Menarik minat murid melalui bahan pembelajaran yang kreatif dan inovatif

- Menyediakan sokongan profesional

Program bestari sekolah luar bandar adalah program yang menggunapakai model pelaksanaan 88 buah bestari penanda aras. Program ini telah disesuaikan untuk pelaksanaan sekolah luar bandar yang merangkumi tujuh kategori sekolah iaitu sekolah menengah harian, sekolah rendah harian, sekolah orang asli dan penan, sekolah agama, sekolah felda, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil. Pemilihan sekolah-sekolah luar bandar ini adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:-

- Mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam dan air.

- Mempunyai kemudahan asas infrastruktur ICT yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

- Mewakili salah satu kategori sekolah di atas

Sebanyak 15 sekolah luar bandar telah terpilih yang mewakili setiap negeri. Senarai sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut.

1) SK Arau, Arau, Perlis

2) SMK Megat Dewa, Kodiang, Kedah

3) SJK (C) Mah Hua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

4) SMK (Felda) Besout, Sungkai, Perak

5) SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor

6) SJK (T) Vageesar, Kuala Selangor, Selangor

7) SK Palong 14(F), Gemas, NegeriSembilan

8) SK Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka

9) SK Peserai, Batu Pahat, Johor

10) SK Cherok Paloh, Kuantan, Pahang

11) SK Tasik Cini, Pekan, Pahang

12) SK Tok Randok, Ajil, Terengganu

13) SK Jambu Lawar, Machang, Kelantan

14) SMK Sematan, Sematan, Sarawak

15) SMK (A) Mohamad Ali, Ranau, Sabah


Program-program bestari yang sedang dan akan dilaksanakan kepada 15 sekolah ini merangkumi perkara-perkara berikut:-

- Penyediaan alat-alat inovatif serta aplikasi untuk pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran

- Pengurusan perubahan untuk guru besar, pengetua dan guru-guru.

- Latihan tambah nilai pengintegrasian bahan-bahan berasaskan ICT

- Pemantauan secara on-site oleh pembimbing dari Institusi Pengajian Tinggi Awam

Selain daripada itu juga, dua sekolah telah dipilih untuk dijadikan sebagai sekolah showcase luar bandar. MDeC bersama-sama gabungan 10 syarikat tempatan dan syarikat multinasional akan menaiktaraf infrastruktur bilik darjah yang terpilih, perisian serta aplikasi dan latihan tambah nilai. Dua (2) sekolah tersebut adalah SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor dan SK Palong (14) (F), Gemas, Negeri Sembilan.



MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BESTARI SEKOLAH LUAR BANDAR telah berlangsung pada :
Tarikh 05 Mei 2009
Masa 3.00 Petang - 6.00 Petang
Tempat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) FELDA BESOUT PERAK
Penganjur
Kerjasama PROGRAM INI ADALAH KERJASAMA ANTARA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN MULTIMEDIA DEVELOPMENT CORPORATION
Majlis Pelancaran program ini akan disempurnakan oleh
Y.BHG. DATO' HJ. ALIMUDDIN B. HJ. MOHD DOM,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.