Thursday, July 9, 2009

Pemantauan PPICT

Portal ini (http://ssqs.moe.edu.my) dibangunkan bertujuan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan ICT di sekolah. Setakat ini, terdapat dua aplikasi utama telah ditempatkan di dalam portal ini iaitu Sistem Smart School Qualification Standards dan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah.

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

ALERT! ALERT! ALERT!

Tarikh Kutipan data SPPICTS ke-2 2009
Untuk makluman semua, tarikh akhir pengemaskinian data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah kali kedua tahun 2009 telah dilanjutkan sama dengan tarikh akhir SSQS. Namun, pihak sekolah dinasihatkan untuk menyelesaikan pengemaskinian SPPICTS secepat mungkin bagi mengelak pertembungan dengan pengemaskinian SSQS.

No comments:

Post a Comment